Thursday, December 25, 2008

POKOK KANCING BAJU MERAH


Sila hubungi Mr.Kancing Baju Merah di fajarsiang@yahoo.com

Nama Tempatan:Kancing Baju Merah
Nama Saintifik:Corchorus capsularis


keterangan:

terdapat beberapa jenis tumbuhan yang biasa dijumpai di negara kita dikenali dengan nama kancing baju atau butang baju atau bunga butang. Nama ini selalunya digunakan selalunya berdasarkan ciri bunganya yang menyerupai butang baju.Antara tumbuhan yang dipanggil dengan nama kancing baju ialah Tridad procumbens(kancing baju hutan),Gomphrena globosa(bunga butang),Abutilon indicum(kancing baju raja) dan bidens pillosa(bunga kancing baju)dan Corchorus capsularis (kancing baju putih/merah). Tumbuhan-tumbuhan yang dinamakan kancing baju ini mempunyai khasiat-khasiat perubatannya yang tersendiri.

Daripada kebanyakan tumbuhan kancing baju yang terdapat di Malaysia, yang paling popular digunakan dalam perubatan ialah kancing baju merah. Pokok kancing baju merah yang dikenali juga dengan nama pokok jelita merupakan sejenis tumbuhan yang sama dengan pokok jut yang ditanam untuk dijadikan tali terutamanya di Afrika,Bangladiesh dan India.Selain daripada serat batangnya yang boleh dijadikan tali, daunnya yang kaya dengan protein dijadikan sayur.Penggunaan daunnya yang dikeringkan sebagai teh pula dipraktikkan di negara jepun.Selain daripada itu, di negara barat pula ia digunakan untuk memekatkan sup. Buahnya yang muda serta pucuknya dicampur bersama salad.

kancing baju merah merupakan sejenis tumbuhan yang boleh mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.Kadar pertumbuhannya cepat.Ia membiak melalui biji benih.Bunganya adalah hemafrodit iaitu mempunya dua jantina jantan dan betina.Pendebungaan dilakukan oleh serangga seperti rama-rama dan lebah.Tumbuhan ini boleh hidup subur di tanah liat tetapi yang agak berpasir. Ia memerlukan cahaya matahari yang sepenuhnya dan tidak boleh ditanam dibawah teduhan.Ia juga memerlukan air yang cukup dan tanah yang sentiasa lembap.